suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Boleh berlakon tapi ikut syarak, suami tak sekat Shiqin Kamal aktif dalam seni

SUAMI kepada pelakon Shiqin Kamal, Mika Irfan Nojey berharap isterinya dapat terus aktif dalam bidang lakonan dengan mengutamakan batasan serta tuntutan syarak.

Irfan, 28, bagaimanapun mengakui perkara itu bukan sesuatu yang mudah memandangkan seseorang pelakon perlu membawa pelbagai watak dan menjayakan babak tertentu mengikut kehendak jalan cerita.

"Saya tahu ia susah dan kadang-kadang kena buat babak yang menyampaikan maksud jalan cerita itu.

"Tapi kalau boleh berlakon ikut syariat, saya tak pernah dengar terma ini sebelum ini. Saya tak tahu ia boleh dilakukan atau tidak," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Shiqin, 35, memberitahu dia sememangnya lebih cenderung membawakan watak dalam naskhah bergenre aksi berbanding romantik.

Justeru, dia berpendapat genre tersebut mungkin memberi lebih ruang untuknya memenuhi hasrat suami, termasuk menggunakan teknik tertentu ketika menjayakan babak lakonan.

"Saya memang suka berlakon cerita aksi, saya bukan jenis cerita romantik dan sebagainya.

"Jadi dalam cerita aksi bolehlah cuba buat babak dengan beralas atau menggunakan teknik kamera," jelasnya.

Untuk rekod, Shiqin dan Irfan selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Glam Hall Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi