suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pempengaruh, jurusolek terkenal temui ajal ditembak jarak dekat luar pusat cuci kereta

Mad Sandhu dibunuh di luar sebuah pusat mencuci kereta pada 3 Oktober lalu.

SEORANG pempengaruh dan jurusolek terkenal maut ditembak dua lelaki bermotosikal dalam serangan yang dipercayai bertujuan membina reputasi jahat bagi kegiatan jenayah berprofil tinggi.

Susulan kejadian itu, polis menahan enam individu termasuk suspek utama yang dipercayai melepaskan tembakan iaitu Parminder Singh atau Kaka.

Dia berjaya dijejaki melalui perangkap kod QR ketika urusan pemindahan wang berhubung jenayah terbabit.

Mangsa, Madhusudan Sandhu, yang lebih dikenali sebagai Mad Sandhu dibunuh di luar sebuah pusat mencuci kereta di Amritsar, Punjab, India pada 3 Oktober lalu.

Menurut laporan The Indian Express, dua lelaki yang menaiki motosikal menahan mangsa di Jalan Loharka sebelum melepaskan tembakan jarak dekat menggunakan pistol berkaliber .30.

Pesuruhjaya Polis Amritsar, Harmanbir Singh Gill berkata, siasatan awal menunjukkan motif utama pembunuhan ini adalah untuk menunjuk kuasa, menimbulkan ketakutan di kawasan berkenaan, serta membina rangkaian pemerasan wang daripada peniaga tempatan pada masa hadapan.

Polis memaklumkan bahawa ahli geng berkenaan mahu membina reputasi jahat melalui pembunuhan berprofil tinggi itu supaya mereka boleh memeras ugut wang tebusan daripada pihak lain.

Mengulas mengenai kecekapan polis menumpaskan geng berkenaan, Harmanbir berkata selepas pembunuhan, penyerang dipercayai melarikan diri menggunakan jalan kecil dan tidak berturap sejauh lebih 125 kilometer bagi mengaburkan jejak mereka.

Bagaimanapun tindakan Kaka menghubungi abangnya, Amandeep Singh yang terlebih dahulu ditahan polis membawa kepada penahanannya.

Kaka mahu mendapatkan bantuan Amandeep kerana kehabisan wang.

Susulan itu polis menggunakan telefon Amandeep untuk menghantar kod QR pembayaran kepada Kaka sebagai perangkap.

Sebaik sahaja suspek mengimbas kod berkenaan, polis berjaya mengenal pasti lokasinya di Ahmedabad sebelum pasukan polis Gujarat bertindak menahannya.

Identiti Kaka kemudian disahkan melalui soal siasat menerusi panggilan video, dengan pakaian dan kasutnya dipadankan dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Artikel Lain