PELAKON Faezah Elai menyelar tindakan segelintir netizen yang mempertikaikan peranannya sebagai ibu tiri kepada tiga anak hasil perkahwinan terdahulu suaminya, Heykal Hanifah.Faezah atau nama sebenarnya Noor Faezah Md. Elai, 44, berkata bukan semua anak daripada pasangan yang bercerai dibesarkan oleh ibu kandung sebaliknya ada juga yang berada di bawah jagaan bapa dan ibu tiri. “Ini khas untuk puan-puan yang kalau bercakap atau komen, mulut pergi dulu sebelum otak sebab otak tertinggal dekat jamban masa tengah membuang air besar.Faezah sebelum ini teruja berkongsi kejayaan anak perempuannya.“Bukan semua orang yang bercerai mak mereka yang jaga. Ada juga yang bapa mereka ambil bela dan yang besarkan adalah mak tiri iaitu saya,” katanya dalam satu hantaran di Instagram miliknya.Dalam pada itu, Faezah menegaskan tidak semua ibu tiri bersikap kejam seperti tanggapan segelintir masyarakat.Malah, dia berkata bekas isteri Heykal memberikan kepercayaan kepadanya untuk membesarkan ketiga-tiga anak berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Kena marah kerja kru taman tema, suami Faezah Elai individu ‘lahirkan’ semula Fimie Don sebagai pelakonARTIKEL BERKAITAN: Netizen tak puas hati kenyataan Faezah Elai travel banyak lebih bijak dari belajar tinggi - “Dekat kapal terbang kau serve makanan dan cuci jamban je”“Bukan semua mak tiri ini jahat. Kalau mak tiri ini jahat, tidak adalah mak mereka datang beri saya jaga anak dia ketiga-tiga orang itu.“Saya ini yang jaga mereka, makan, pakai, sekolah. Jadi saya tidak perlukan pengesahan (validation) sesiapa untuk muat naik tentang anak-anak tiri saya, faham tidak? Walaupun pengesahan itu daripada mak mereka, tidak perlu,” ujarnya.Jelas Faezah, bekas isteri Heykal juga memahami perkongsiannya di media sosial kerana mengetahui tanggungjawab membesarkan anak-anak tersebut dipikul bersama. Memang anak perempuan sayalah.FAEZAH ELAIPELAKONMalah, dia menganggap ketiga-tiga anak itu seperti darah daging sendiri dan tidak pernah melihat mereka sebagai anak tiri.“Mak mereka pun tidak kata apa, tidak pernah terasa hati sebab dia tahu sayalah yang jaga. Jadi anda semua tidak payahlah kalut.“Saya sendiri pun tidak pernah sebut yang mereka adalah anak tiri, tidak pernah. Jadi anda pula beritahu saya, oh kenapa nak kena tulis ‘anak perempuan saya’ (my daughter)? Memang anak perempuan sayalah.Faezah berkongsi foto dirinya bersama anak-anak.“Habis itu takkan pula saya nak tulis bapa anda itu anak saya pula, kan?” luahnya.Pada masa sama, Faezah turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu sibuk mencampuri urusan rumah tangga orang lain sehingga mengundang kritikan terhadap diri sendiri.“Jadi kalau bercakap itu pastikan otak sampai dulu, baru mulut keluar bercakap. Sebab kalau mulut pergi dulu nampak sangat tidak berapa nak cerdik.“Siapalah suami anda semua, dia tidak marah ke sibuk hal orang?” tegasnya.Faezah dan Heykal bersama dua anak kandungnya.Terdahulu, Faezah berkongsi momen membanggakan apabila anak perempuan yang dibesarkannya sejak berusia 11 tahun kini berjaya bergelar seorang peguam.Untuk rekod, Faezah mendirikan rumah tangga bersama Heykal pada 9 September 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata.Heykal pula mempunyai tiga orang anak daripada perkahwinan terdahulu.TONTON VIDEO PILIHAN!