suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat dekad jadi hero, Eman Manan akui terbuka galas watak sampingan

Lakonan Eman sering memberi impak kepada penonton.

BERKONGSI pengalaman empat dekad bergelar anak seni, pelakon Datuk Eman Manan memberitahu ada ketika dia lebih terbuka untuk menerima watak sampingan dalam drama atau filem.

Bagi Eman, 68, setiap karakter mempunyai cabaran tersendiri, namun penerimaan penonton terhadap watak sampingan tidaklah menjadi satu tugas besar seperti hero sesebuah karya.

"Kalau hero sentiasa dipandang. Tuntutan penonton tidak besar dan sulit untuk watak sampingan atau antagonis.

Eman tidak ambil mudah dalam setiap tawaran yang diterima. 

"Penonton tidak kisah bagaimana cara berjalan, langgar skrip pun tidak mengapa. Watak antagonis melawan sesuatu yang normal dan mendapat perhatian penonton, itu sudah okay," katanya.

Terbaharu, Eman tampil membawakan watak sebagai Raja Iskandar dalam filem terbaharu berjudul Takluk 2: OP Daulat.

Pelakon ini pada masa sama tidak pernah mengambil mudah dalam setiap watak yang diberikan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Eman Manan tetap orang sama, gelaran Datuk tak ubah jadi individu berbeza 

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya kecewa kalau kerja dihasilkan tidak ditonton” - Eman Manan

Malah, Eman sentiasa mempersiapkan diri mendalami sesebuah karakter agar dapat diterima baik penonton.

"Setiap kali berlakon, saya melihat ia sebagai satu tanggungjawab. Setiap filem ada tuntutan tersendiri. Saya perlu siapkan diri untuk tuntutan itu.

"Tuntutan itu merupakan satu cabaran dan jika ia dapat diselesaikan maka watak akan jadi menarik," ujarnya.

Saya perlu siapkan diri untuk tuntutan itu

DATUK EMAN MANAN 

PELAKON 

Menerusi filem tersebut, Eman mengambil inisiatif untuk memberi satu pendekatan berbeza dalam menghidupkan jalan cerita.

Aktor versatil ini juga mempunyai pegangan dan prinsip sendiri setiap kali diberikan tawaran.

"Dalam lakonan kena gabungkan tiga unsur iaitu intelektual, fizikal dan emosi. Kalau berjaya cantumkan tiga unsur ini tiada masalah untuk terjemahkan watak," kongsinya.

Eman sebagai Raja Iskandar dalam filem Taklun 2: OP Daulat. 

Selain Eman, filem Takluk 2: OP Daulat turut menampilkan pelakon lain seperti Datuk Remy Ishak, Syafiq Kyle, Kamal Adli dan Datuk Rahim Razali.

Filem arahan Zulkarnain Azhar ini akan memulakan tayangan pada 26 November.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain